Terus ke kandungan
ucapan.my

Ucapan Pengantin Baru

33 ucapan selamat pengantin baru untuk kawan, adik-beradik, rakan sekerja, dan ayat pendek untuk kad atau sampul duit. Pilih gaya, isi nama pengantin kalau nak, kemudian salin.

Oleh Edwin TanDikemas kini

Untuk siapa
Gaya

Menunjukkan semua 33 ucapan

Ucapan pengantin baru untuk kawan

  • Ringkas

    Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.

  • Ringkas

    Tahniah. Akhirnya sampai juga hari ni. Semoga kekal bahagia.

  • Ringkas

    Selamat pengantin baru. Bahagia selalu, berdua sampai tua.

  • Islamik

    Selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian dan menjadikan rumah tangga ini sakinah, mawaddah dan rahmah.

  • Islamik

    Barakallahu lakuma. Semoga dipermudahkan urusan berumah tangga dan dikurniakan zuriat yang menyejukkan mata.

  • Kelakar

    Selamat pengantin baru. Mulai hari ni, "nak makan apa" jadi soalan paling susah dalam hidup kau.

  • Kelakar

    Tahniah. Grup bujang kita dah kurang seorang. Kami redha. Bahagia selalu.

  • Formal

    Selamat pengantin baru. Semoga ikatan ini kekal dalam kasih sayang, saling menghormati dan saling memaafkan.

Untuk adik-beradik dan saudara

  • Ringkas

    Selamat pengantin baru. Dari kecil sampai hari ni, kami tetap keluarga kau. Bahagia selalu.

  • Ringkas

    Tahniah. Keluarga kita bertambah seorang hari ni, dan kami gembira sangat.

  • Islamik

    Selamat pengantin baru. Semoga Allah satukan hati kalian berdua dalam kebaikan dan jadikan rumah tangga ini jalan ke syurga.

  • Islamik

    Barakallahu lakuma. Semoga rumah tangga yang dibina hari ini sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

  • Kelakar

    Selamat pengantin baru. Bilik kau kami dah tukar jadi stor. Jadi kalau balik, bawa buah tangan, bukan beg baju.

  • Kelakar

    Tahniah. Mak dah berhenti tanya "bila nak kahwin". Soalan seterusnya kau tahu sendiri. Selamat berjuang.

  • Formal

    Bagi pihak keluarga, kami mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan ini membawa kebahagiaan dan merapatkan dua keluarga.

  • Formal

    Selamat pengantin baru. Semoga kalian saling melengkapi, dan kedua-dua keluarga sentiasa dirahmati.

Untuk rakan sekerja

  • Ringkas

    Selamat pengantin baru. Semoga bahagia dan berkekalan.

  • Ringkas

    Tahniah atas perkahwinan ini. Semoga bahagia hingga hujung usia.

  • Islamik

    Selamat pengantin baru. Semoga Allah memberkati perkahwinan ini dan memudahkan urusan rumah tangga.

  • Islamik

    Barakallahu lakuma. Semoga kekal hingga ke Jannah.

  • Kelakar

    Selamat pengantin baru. Kerja kau kami cover sepanjang cuti. Balik nanti jangan lupa kuih.

  • Kelakar

    Tahniah. Sekarang kau ada alasan yang sah untuk balik tepat pukul 5.

  • Formal

    Selamat pengantin baru. Bagi pihak rakan sejabatan, kami doakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat kedua-dua mempelai.

  • Formal

    Tahniah. Semoga perkahwinan ini diberkati dan menjadi permulaan bab baharu yang penuh makna.

Ayat pendek untuk kad atau sampul duit

  • Ringkas

    Selamat pengantin baru. Bahagia hingga ke Jannah.

  • Ringkas

    Semoga kekal hingga ke anak cucu. Tahniah.

  • Ringkas

    Selamat pengantin baru. Moga rumah kecil ini penuh tawa dan doa.

  • Islamik

    Barakallahu lakuma. Semoga sakinah, mawaddah dan rahmah.

  • Islamik

    Semoga Allah memberkati ikatan ini dan menghimpunkan kalian dalam kebaikan.

  • Kelakar

    Selamat pengantin baru. Isi sampul ni untuk dapur, bukan untuk gajet.

  • Kelakar

    Tahniah. Mulai hari ni, merajuk pun kena berdua.

  • Formal

    Ikhlas daripada kami sekeluarga. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia.

  • Formal

    Dengan ucapan tahniah dan doa kesejahteraan buat kedua-dua mempelai.

Doa untuk pengantin baru

Untuk ucapan perkahwinan Islamik, ada doa untuk pengantin baru daripada Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Doa pengantin

بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير

Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair

Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu, melimpahkan keberkatan ke atasmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi. Maksud dalam bahasa Melayu ialah terjemahan mudah kami.

Lafaz yang diriwayatkan menggunakan “laka” dan “‘alaika”, iaitu ditujukan kepada seorang lelaki, si pengantin lelaki. Dalam kad dan mesej, ramai menulis “Barakallahu lakuma” supaya ditujukan kepada kedua-dua mempelai. Beberapa ayat di atas menggunakan bentuk itu.

Ucapan ulang tahun perkahwinan

Untuk pasangan sendiri, untuk ibu bapa, atau untuk pasangan kawan yang menyambut ulang tahun.

Untuk siapa
Gaya

Menunjukkan semua 16 ucapan

Untuk suami

  • Ringkas

    Selamat ulang tahun perkahwinan, abang. Terima kasih untuk semua tahun yang kita lalui bersama.

  • Ringkas

    Happy anniversary, sayang. Masih abang, sampai bila-bila.

  • Panjang

    Selamat ulang tahun perkahwinan, abang. Kita dah lalui rumah sewa kecil, bil yang tak cukup dan malam-malam jaga anak demam. Semua itu jadi ringan sebab kita lalui berdua. Saya nak lalui banyak lagi tahun dengan abang.

  • Islamik

    Selamat ulang tahun perkahwinan, suamiku. Semoga Allah kekalkan kasih kita, ampunkan khilaf kita berdua dan satukan kita di syurga.

Untuk isteri

  • Ringkas

    Selamat ulang tahun perkahwinan, sayang. Keputusan terbaik saya ialah melamar awak.

  • Ringkas

    Happy anniversary, isteriku. Terima kasih sebab masih pilih saya.

  • Panjang

    Sayang, setahun lagi berlalu dan saya masih belajar cara menyayangi awak dengan lebih baik. Terima kasih untuk sabar awak, gelak awak dan rumah yang awak jadikan tempat paling tenang. Selamat ulang tahun perkahwinan.

  • Islamik

    Selamat ulang tahun perkahwinan, isteriku. Semoga Allah berkati rumah tangga kita, jadikan kita pasangan yang saling mengingatkan ke arah kebaikan, dan kekalkan kita hingga ke Jannah.

Untuk ibu bapa

  • Ringkas

    Selamat ulang tahun perkahwinan, Mak dan Ayah. Terima kasih kerana jadi contoh terbaik untuk kami.

  • Ringkas

    Happy anniversary, Umi dan Abi. Semoga terus bahagia macam hari pertama.

  • Panjang

    Mak, Ayah, selamat ulang tahun perkahwinan. Kami membesar tengok Mak dan Ayah bertolak ansur, bergaduh kecil, berbaik semula dan terus bersama. Dari situ kami belajar apa maksud setia. Semoga Mak dan Ayah sihat dan terus bahagia.

  • Islamik

    Selamat ulang tahun perkahwinan, Mak dan Abah. Semoga Allah panjangkan umur kalian dalam sihat dan iman, dan himpunkan keluarga kita semula di syurga.

Untuk pasangan kawan

  • Ringkas

    Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga terus bahagia dan saling menyayangi.

  • Ringkas

    Happy anniversary. Kalian buat kami percaya cinta boleh bertahan lama.

  • Panjang

    Selamat ulang tahun perkahwinan. Tengok kalian berdua masih bergurau macam hari pertama buat kami tersenyum. Semoga kalian terus sabar, terus jujur dan terus memilih satu sama lain.

  • Islamik

    Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga Allah terus memberkati rumah tangga kalian dengan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Jubli perak, emas dan intan

Tiga ulang tahun perkahwinan ini ada nama sendiri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (entri jubli di PRPM DBP).

Ulang tahunNamaContoh ayat untuk kad
Ke-25Jubli perakSelamat menyambut jubli perak. Dua puluh lima tahun bersama, dan masih saling memilih.
Ke-50Jubli emasLima puluh tahun, satu rumah tangga. Selamat menyambut jubli emas, Atuk dan Nenek.
Ke-60Jubli intanEnam puluh tahun bersama. Semoga Allah terus memberkati kalian berdua.

Menulis di kad kahwin atau sampul duit

Ruangnya kecil. Satu atau dua baris sudah cukup, kemudian tulis nama anda supaya pengantin tahu siapa yang memberi. Senarai "Kad & sampul duit" di atas memang ditulis untuk ruang sekecil itu.

Kalau hadiah dihantar bersama keluarga, tulis "daripada kami sekeluarga" dan nama ketua keluarga. Untuk rakan sepejabat yang memberi secara berkumpulan, nama jabatan pun memadai.